30 May 2016

Shell Out, Setia Alam

Assalamualaikum semua,

Aku nak kongsikan pengalaman aku makan dekat Shell Out. Untuk pengetahuan korang, Shell Out ada dua cawangan, satu dekat Setia Alam and another one dekat Damansara. So korang boleh pilih kat mana korang nak. Macam mana aku boleh tahu pasal Shell Out ni? Sudah tentu lah dekat Social Media. Makan hati hakak tengok diorang makan seafood yang banyak gilaaa tu ! Ni tengah bercerita ni pun tetiba dah rasa lapaa :'(

So, aku pun mulakan lah misi mencari segala info pasal shell out tu. korang google je Shell out menu. Nanti ada lah tu mcm mcm jenis gambar korang dapat tengok. Time aku nak datang sana, aku whatsapp dulu org shell out dekat setia alam. Then dia kata boleh je walk in terus. Senang hati aku boleh walk in, leceh kalau nak book book ni. Sebab hakak pernah ada pengalaman, nak book table and dah book, smpai kedai x de dalam senarai reservation! tension hakak time tu :( 



Then on that day, terus aku pergi Shell Out tu bersama manusia yang disayangi. Waiter dia explain mcm mana nak order and suggest what should we order. So disebabkan first timer, waiter tu suruh kits order set je dulu. then aku pun order yang set Combo A. Harga dia nanti aku attach gambar kat bawah ni. 


Ni menu untuk yang nak order set, yang set tak include sekali air yea

Ni menu yang nak order ala carte 


As a conclusion, aku bagi 10/10 untuk Shell Out ! sedappp sangat and kenyang sangat ! dan Aku Happy Sangat ! hahaha. Korang kene try and korang pasti nak lagi, mcm aku sekarang ni. huhu

Umrah 16 Mei - 26 Mei 2016

Assalamualaikum semua,

Post kali ni, aku nak ceritakan pengalaman aku ke Madinah dan Makkah untuk mengerjakan umrah. Pada mula nya, plan nak ke sana cuma abang aku dan kakak ipar aku saja tapi disebabkan mak aku pun teringin untuk jejak kaki sekali lagi di tanah suci itu, so mak aku pun join and ajak aku sekali.

Aku tak pernah sangka aku akan pergi seawal usia aku sekarang ni, cuma ada beberapa bulan saja lagi time tu untuk aku bg keputusan untuk join. Jenuh aku fikir sampai nak nangis. SEBAB APA? haaaa. Aku takut sebab macam macam aku dengar cerita, orang tak boleh nampak kaabah lah, orang tak de selera makan sebab kata makanan tak sedap. senang cerita, balasan macam balas direct je terus if kita jejak kaki kat tanah suci tu. TAKUT betul aku dengar. Mana tak nya, aku ni hidup penuh dengan dosa sana sini, otak aku time tu macam keliru. Sampai satu masa, aku pergi sahaja dulu ceramah kat Andalusia Travel dan Tours. Aku rasa lega sikit hati ni, kiranya aku pergi sana nak motivasi diri sendiri lah ni sambil sambil ustaz menceritakan cara cara untuk mengerjaan umrah. Ayat yang buat aku rasa lebih yakin, bila ustaz tu kata:

"Jangan bimbang, semua manusia yang berada di tanah suci tu nanti, semua bawak dosa masing masing ke sana, tak de manusia yang sempurna. Banyakkan bertaubat dan berdoa pada ALLAH S.W.T. Jangan sombong pada ALLAH S.W.T, minta ampun dan bertaubat"

Bila fikir dek akal, betul jugak kata ustaz ni, setiap jemaah yang ada kat sana, ada cerita masing masing. sama jugak macam aku. aku tak perlu takut, sepatutnya aku kene gembira dengan peluang yang ALLAH S.W.T bagi kat aku ni. So sepanjang penantian aku nak ke sana, aku banyakkan buat solat sunat taubat, berzikir dan muhasabah diri. (Bila bila masa pun boleh buat sebenarnya, jangan tunggu nak ke sana baru nak buat, PERINGATAN untuk diri sendiri jugak)

Ikut package yang aku ambil dengan Andalusia Travel and Tours tu, aku akan berangkat 16/5/2016 sehingga 26/5/2016. Penerbangan aku pukul 2 pagi, so pukul 10 malam 15/5 aku dah ready kat airport. Kami semua akan ke Madinah dulu, dalam hati mintak banyak banyak pada Allah semoga segala urusan dipermudahkan. Lepas ke Madinah kami ke Makkah. Dekat Madinah kami semua akan bersolat dekat masjid nabawi, mutawwif tak kata wajib! tp terpulang pada jemaah. Hotel pun dekat je. So terpulang kepada jemaah. Aku pun ada terskip jugak solat kat masjid nabawi sebab terlajak tiduq. pergi masjid kene awal awal. kalau lambat, alamatnya kene solat kat luar. kepada bakal bakal tetamu Allah, aku saran kan kat korang, kalau nak shopping better shopping kat madinah. Sebab nya bila kat Makkah tu, kita memang akan busy beribadah.

Merata rata tempat melawat. Dari Madinah ke Makkah banyak menceritakan kisah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Kami melawat beberapa masjid yang disinggahi oleh Rasulullah dan di bina oleh beliau. Dekat Makkah setiap Bukit (JABAL) ada sejarahnya. Visit paling paling aku suka, MENDAKI JABAL NUR KE GUA HIRA'! walaupun penat yang amat! dengan stamina aku memang out gila time tu. Alhamdulillah Allah tu bg kekuatan dekat aku. Orang yang rapat dengan aku tahu lah aku mcm mana :D aku rasa aku macam tak larat pulak nak cerita details pasal visit tu, tp bagi aku mutawwif perlu mempunyai ilmu yang mendalam dan pandai berinteraksi dengan orang. Alhamdulillah, group aku dapat mutawwif best and sporting! THANKS USTAZ RIDUAN.

ni aku upload beberapa gambar yang aku ambil dekat sana. Kalau nak tengok video yang aku ada ambil kat sana, korang boleh follow instagram aku @naniesukri 




Kalau korang ada apa apa pertanyaan boleh tanya di chat box ataupun comment saja kat sini , thanks for reading. 

28 May 2016

Happy Birthday AYDA AZALI

Assalamualaikum semua,

Hari ni 28/5/2016 adalah birthday kawan aku, my long long distance bestfriend, kenapa long ? sebab kami memang tersangat lah jarang jumpa dan tersangat lah jarang contact, tapi alhamdulillah we are always trying to find time at least once a year :D macam lah jauh sangat kan! maybe sebab masing masing dah ada commitment sendiri, urusan sendiri everything buat sendiri. Dulu time sekolah lain lah! semua bende nak buat sekali :D anyway, jap aku nyanyikan dulu untuk kau ni:

Happy birthday to you, Happy birthday to Nuraidah Binti Azali, Happy birthday to you. 


Sorry sangat, beberapa tahun ni aku dah lama tak celebrate birthday kau. Selalu wish je kadang kadang siap terlewat lagi. haha :D sedih rasanya tak dapat celebrate kau, berharap sgt kau duduk sebelah aku sekarang senang aku nak baling tepung. kau tahu kan yang kau sendiri banyak nasihat aku, bagi pendapat dan pandangan yang bernas and u know how to make me calm lagi lagi bila aku dalam zone 'heart broken' haha :D walaupun jarang jarang jumpa and masing masing dah ada privacy sendiri, aku harap kita jangan berenggang okay tau ayda? semoga kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dijodohkan dengan pilihan hati. I miss you ayda .